Thursday, January 31, 2013

NANTIKAN PENCARIAN DEEJAY DI ZON K.N

Pencarian Deejay PADU diteruskan lagi dengan memasuki Zon Kuala Nerang.Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Pokok Sena dan Kuala Nerang dipelawa untuk menyertai kami.  Kami berada:

Tarikh    : 15 Feb 2013 (Jumaat)
Tempat : Terap In Kuala Nerang
Masa     : 3petang - 6 petang

Sebarang Pertanyaan Hubungi Ketua Zon Kuala Nerang DJ Banglie - 019-520 0512

Monday, January 28, 2013

PEMERGIAN BAPA DJ BARD

ZON PENDANG-28 JAN 2013

Takziah kepada keluarga DJ Bard di atas pemergian ayahnda beliau kembali ke rahmatullah pada 28 Jan 2013 jam 5 petang di kediaman di Torbiar Pendang Kedah. Rombongan PADU sempat menziarahi keluarga DJ Bard sebelum dikebumikan keesokan harinya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada  allahyarham serta ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.Amin.Al-Fatihah

SELAMAT DATANG DJ AO

Kami ingin mengucapkan Selamat Datang kepada DJ AO ke Persatuan Amatur Deejay Utara.  Tidak perlu diperkenalkan lagi bagi mereka-mereka yang berada di utara khsususnya, DJ AO tidak asing lagi buat pendengar-pendengar radio RTM Kedah sewaktu ketika dahulu.  Kami di sini sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari SIFU bagi membentuk PADU dengan lebih baik lagi.

Saturday, January 26, 2013

PENCARIAN RAKAN DEEJAY PADU

Bersempena Ekspo Belia Usahawan Sempoi di Jitra mulai 25 Jan 2013 sehingga 15 Feb 2013,. PADU tidak melepaskan peluang untuk melebarkan sayap dengan mempromosi persatuan ini kepada orang ramai di sepanjang ekspo berlangsung. Kepada orang ramai khususnya yang berada di Jitra dan sekitar Kubang Pasu dipelawa menyertai PADU.Berminat untuk menyertai anda klik di laman KEAHLIAN. Terimakasih kepada DJ Manaf dan DJ Zulkifli kerana terlibat untuk mencari bakat-bakat Deejay di ekspo tersebut.


Pengerusi ditemubual berkaitan PADU oleh
DJ Boy di Ekspo Usahawan Belia Sempoi


IKLAN DI MEDIA TEMPATAN

JITRA-18 JAN 2013-Keratan Akhbar SINAR HARIAN
Persatuan Amatur Deejay Utara (PADU) tekad untuk meningkatkan perkhidmatan mereka sebagai juruacara majlis dalam usaha memberikan kepuasan kepada m,asyarakat dalam perjumpaan di dewan orang ramai Batu 17 Tunjang baru-baru ini.Pengerusinya,Kapten (B) Azmi Md Dan berkata,sudah sampai masanya juruacara ataupun deejay perlu melakukan suatu perubahan kerana perkara yang dilakukan itu juga dilihat sebagai kebajikan untuk masyarakat. Menurutnya pihaknya mengambil inisiatif untuk menubuhkan persatuan itu sebagai platform kepada juruacara bagi membina pengetahuan luas mengenai pekerjaan itu.

Sunday, January 20, 2013

PERJUMPAAN ULUNG

PERJUMPAAN DAN MESYUARAT
Pada 11 Jan 2013 jam 3 petang bertempat di Dewan Batu 17 Jalan Kodiang Tunjang Kedah satu perjumpaan dan mesyuarat buat pertama kalinya telah diadakan.  Seramai 29 orang di kalangan Deejay-deejay khususnya yang berada di sekitar Negeri Kedah dan Perlis telah hadir serta memberi sokongan serta pendapat bagi merealiasikan persatuan ini untuk terus bergerak dan maju.  Mesyuarat ini dimulakan dengan Bacaan doa oleh Hj Jamaludin.  Seterusnya ahli-ahli bersetuju persatuan Deejay Satu Utara atau PADU ditubuhkan seterusnya melantik Ahli Jawatankuasa bagi mengerakkan Persatuan ini dengan lebih aktif lagi. Hasil dari mesyuarat ini satu jawatankuasa telah dibentuk serta beberapa cadangan serta idea telah diberikan dan akan dilaksanakan dari masa kesemasa.  Di akhir mesyuarat Pengerusi yang dilantik berucap agar semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas serta kerjasama dari ahli-ahli yang lain. Sebelum majlis bersurai ahli-ahli menikmati jamuan petang yang disediakan. Mesyuarat berakhir pada jam 6.30 petang  

Pendaftaran Ahli


Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Hj Jamaludin (DJ Aji)
Sessi deejay-deejay memperkenalkan diri masing-masing
Gambar Kenangan sebelum selesai perjumpaan