PROFIL

Persatuan Amatur Deejay Utara atau lebih dikenali sebagai PADU merupakan satu persatuan yang ditubuhkan sebagai salah satu badan bukan kerajaan ataupun NGO. Ianya ditubuhkan pada 11 Jan 2013. Objektif utama PADU ditubuhkan bertujuan:
  •      . Menjalinkan silatulrahim dikalangan ahli-ahli khususnya 
  •        Deejay-deejay yang berada di Utara (Kedah,Pulau Pinang dan Perlis)
  •       Mendekatkan diri kepada masyarakat
  •       Menaik taraf perkhidmatan Deejay di dalam majlis-majlis
  •      Melakukan kerja-kerja amal kebajikan kepada masyarakatyang memerlukan
Selain dari objektif utama di atas Persatuan ini juga ingin memberi pendedahan kepada mereka-mereka yang berminat di dalam bidang pengacaraaan. Persatuan ini juga ingin melahirkan pelapis-pelapis baru di dalam bidang pengacaraan.  Melalui persatuan yang ditubuhkan ini juga ianya dapat memudahkan lagi masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan deejay di dalam majlis-majlis keramaian yang akan diadakan.  Diperingkat permulaan penubuhan, seramai 29 ahli telah menyertai persatuan ini. Di harapkan pada masa-masa akan datang jumlah ahli persatuan ini akan terus bertambah. Persatuan ini telah dipecahkan kepada 6 zon yang terdiri dari Zon Alor Star,Jitra,Kuala Nerang,Ayer Hitam,Padang Perahu dan Kuala Nerang. Dengan pecahan zon ini memudahkan lagi masyarakat untuk terus menerima khidmat dari persatuan ini.  Banyak perancagan-perancangan yang telah dirancang semasa mesyuarat yang telah diadakan pada 11 Jan 2013 dan ianya akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi membolehkan persatuan ini terus bergerak dengan efektif.  Terdapat banyak kekurangan dan kelemahan-kelemahan di peringkat permulaan penubuhan ini. Justeru itu persatuan ini juga berharap ada individu-individu atau badan-badan korporat yang sudi menghulurkan bantuan untuk menjayakan persatuan ini.

No comments:

Post a Comment