KEAHLIAN

(1)      Keahlian dan kelayakan
(a)  Terbuka kepada mereka-mereka yang berkecimpung di dalam bidang   pengacaraan dan penyiaran serta orang ramai.
(2)     Seseorang itu layak menjadi ahli Persatuan sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut:
          (a)    Warganegara Malaysia.
          (b)    Berumur 18 tahun ke atas lelaki dan wanita

          (c)  Membayar yuran keahlian dan yuran tahunan.
          (d )    Memenuhi syarat-syarat dalam Fasal IV (1) (a)
(3)     Permohonan Menjadi Ahli
(a)      Permohonan untuk menjadi ahli Persatuan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Persatuan dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung yang akan mengemukakan borang tersebut kepada pihak Jawatankuasa Eksekutif untuk pertimbangan.
(b)     Pihak Jawatankuasa Eksekutif mempunyai kuasa mutlak samada untuk menerima atau menolak permohonan menjadi ahli Persatuan tanpa sebarang sebab.

(4)     Hak dan kewajipan Ahli

(a)       Semua ahli persatuan mempunyai hak:  

        (i)            Untuk mencadang atau menyokong sebarang permohonan 
        menjadi ahli, menamakan atau menyokong calon dalam pemilihan dan  
        mengambil bahagian  dalam pemilihan;  (ii)          Untuk bercakap dan mengundi semasa Mesyuarat Agung, 
       Mesyuarat Agung Luar Biasa dan mesyuarat Persatuan;  (iii)        Untuk mendapat faedah-faedah lain sebagaimana yang ditetapkan 
       oleh Persatuan.
(b)     Semua ahli Persatuan berkewajipan untuk setia berpegang kepada peruntukan-peruntukan Persatuan dan hendaklah menjaga nama baik Persatuan khasnya dan UMP amnya dan hendaklah mengelak dari berkelakuan dalam apa cara sekalipun yang bertentangan dengan matlamat Persatuan.
(5) Penggantungan dan Pemecatan Ahli
              (a)  Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantung keahlian mana-mana ahli
             Persatuan dalam tempoh tertentu atau memecat keahlian di bawah keadaan-
             keadaan berikut :
                       (i)  .Jika ahli disabitkan kesalahan yang pada pendapatEksekutif adalah serius.
                   (ii) Jika ahli melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang pada pendapat 
                 Jawatankuasa Eksekutif bercanggah dengan kepentingan Persatuan.
            (iii)  Seseorang ahli tidak boleh digantung atau dipecat tanpa diberi peluang
      untuk mempertahankan dirinya termasuk hak untuk memanggil dan
      mengemukakan saksi atau bukti.
           (iv)     Jawatankuasa Eksekutif hendaklah, melalui Setiausaha Agung, memberitahu ahli tersebut secara bertulis tentang keputusan untuk menggantung atau memecat beliau dari keahlian.

         (6) Pengembalian Semula Keahlian
                 (a)Ahli yang sudah berhenti atau diberhentikan keahliannya sebagaimana Fasal
               IV (5) (i) Perlembagaan ini, boleh memohon semula keahliannya kepada
                  Jawatankuasa Eksekutif, dengan syarat beliau membayar tunggakan yuran
                  untuk tempoh selama mana beliau berhenti daripada menjadi ahli ditambah
                  dengan yuran tahunan sebagai
  1. Seseorang ahli tidak boleh diambil semula keahliannya sehinggalah tempoh satu (1) tahun berlalu, bermula dari tarikh beliau berhenti daripada menjadi ahli.


(1) (Di sini nyatakan syarat-syarat dan kelayakan untuk menjadi ahli
pertubuhan, termasuk keterangan berkenaan sekatan umur, jika
dikenakan, dan kemasukan menjadi ahli, sama ada disyaratkan lelaki
atau perempuan, kaum, agama, bangsa, tempat tinggal, keturunan dan
sebagainya. Nyatakan juga sama ada bilangan ahli-ahli dihadkan (jika
dihadkan, nyatakan jumlahnya)).
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong
oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada
Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut
budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebabsebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran
bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan
berhaklah ia menjadi ahli.
(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima
menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu
secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    boleh tau berapa yuran keahlian? saya berminat nak join.

    warie
    014-2495767

    ReplyDelete